Wednesday, September 9, 2009

Tuntutan bulan Julai 2009


Perhatikan bulatan hijau dalam jadual tuntutan ini. Ini menunjukkan kematian berlaku kepada peserta berumur satu tahun.

Tuntutan bulan Jun 2009


Sila lihat jadual statistik tuntutan yang dibayar pada bulan Jun 2009.

Tuntutan bulan May 2009


Tuntutan yang dibayar oleh Takaful Ikhlas untuk bulan May 2009. Kes kematian yang besar dituntut pada bulan ini ialah RM150,000.00. Jumlah terkumpul tuntutan sejak April 2009 ialah RM1,032,779.00

Tuntutan Terbesar



Tuntutan terbesar pernah dibayar oleh Takaful Ikhlas ialah RM411,109.00 seperti didalam jadual statistik (dalam bulatan kuning). Sila klik gambar untuk besarkan.

Wednesday, February 18, 2009

Takaful IKHLAS dipilih Penyedia Terbaik anugerah IFN 2008

Takaful IKHLAS dipilih Penyedia Terbaik anugerah IFN 2008
17 Feb 2009


KUALA LUMPUR 16 Feb. - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) dipilih sebagai Penyedia Takaful dan Takaful Semula Terbaik 2008 menerusi undian yang diadakan sempena Anugerah Berita Kewangan Islam (IFN) 2008, baru-baru ini.

Anugerah yang diadakan buat kali keempat pada tahun ini dimenangi oleh Takaful Ikhlas menerusi undian di kalangan pengamal dan pemerhati industri kewangan Islam melalui IFN yang diterbitkan pada setiap hari Jumaat.

IFN memberi tumpuan terhadap industri dan pasaran kewangan antarabangsa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, anugerah itu merupakan kayu pengukur kecemerlangan syarikat sehingga hari ini.

''Kami menganggap anugerah ini sebagai satu penghormatan terbesar di peringkat antarabangsa, sebagai pengendali perlindungan takaful yang baru sahaja beroperasi selama enam tahun.

''Anugerah ini membuktikan meskipun Takaful Ikhas merupakan syarikat yang baru, tetapi produk-produk kami telah pun mendapat perhatian masyarakat luar negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syed Moheeb berkata, anugerah itu akan dijadikan pemangkin kepada kejayaan Takaful Ikhlas untuk tahun-tahun akan datang sekali gus memastikan syarikat terus berdiri kukuh dalam industri insurans dan takaful.

Menurutnya, anugerah yang dilancarkan oleh IFN itu adalah bagi mengiktiraf syarikat-syarikat yang menjalankan operasi dan menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada institusi kewangan Islam.

Dalam pada itu, kata beliau, kemenangan tersebut merupakan platform terbaik bagi pihaknya untuk mengetengahkan jenama Takaful Ikhlas di negara ini dan juga di peringkat antarabangsa.

''Kita mempunyai pelbagai rancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh beberapa tahun akan datang, oleh itu, usaha yang berterusan sedang dilakukan bagi memastikan ia (rancangan) dapat direalisasikan dalam masa terdekat ini.

''Kami berasa sangat berbesar hati apabila terpilih sebagai pemenang walaupun penglibatan kami dalam industri takaful masih baru berbanding pengendali takaful yang lain," ujarnya.

Details:
http://www.takaful-ikhlas.com.my/mediaCenter/newsDetail.asp?intID=360

Friday, January 30, 2009

Tuntutan diterima sehingga Disember 2008

Takaful Ikhlas menang anugerah ‘The BrandLaureate - SMEs Chapter Award 2008’

9 Jan 2009

Petaling Jaya, Selangor, 8 Januari 2009 – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd (Takaful IKHLAS) mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila memenangi ‘The BrandLaureate - SMEs Chapter Award 2008’ dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur hari ini.

Takaful IKHLAS yang baru sahaja memasuki tahun ke-enam operasinya itu memenangi anugerah bagi kategori `Best Brands in Corporate Branding, Consumer – Healthcare Insurance’.

Anugerah yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Jenama Asia Pasifik (APBF) itu telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman.

Syed Moheeb berkata, kejayaan mereka memenangi anugerah itu membuktikan kesungguhan pihaknya dalam menjenamakan produk Takaful di negara ini.
“Kami telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti produk-produk kami bagi memastikan ianya memenuhi permintaan pasaran dan nampaknya ia membuahkan hasil.

“Ini kerana produk-produk kami bukan sahaja mudah diterima penduduk Malaysia sekaligus menyumbang kepada penjenamaan Takaful IKHLAS itu sendiri,” kata beliau ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penaung APBF, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Syed Moheeb, kemenangan ini merupakan paltform terbaik bagi pihaknya untuk mengetengahkan jenama Takaful IKHLAS bukan sahaja di negara ini tetapi juga di peringkat antarabangsa.

“Kita telah mempunyai pelbagai perancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan oleh yang demikian usaha yang berterusan sedang dilakukan bagi memastikan ianya dapat direalisasikan dalam masa terdekat ini.
“Sehubungan dengan itu, Takaful IKHLAS sangat berbesar hati apabila terpilih sebagai penerima anugerah tersebut meskipun penglibatan kami dalam industri Takaful masih baru jika hendak dibandingkan dengan pengendali takaful yang lain,” ujar beliau.
Takaful IKHLAS yang merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) memulakan operasinya pada bulan Julai 2003. MNRB telah dicatatkan di papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad menerusi Skim Amanah Saham Bumiputera.
Setelah 6 tahun beroperasi, Takaful IKHLAS telah mempunyai rangkaian pengedaran yang luas termasuk ejen-ejen di seluruh semenanjung Malaysia termasuk di bandar-bandar kecil. Ini termasuk di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Sungai Petani, Johor Bharu, Kuching, Melaka, Kota Kinabalu, Kuantan dan Ipoh. Takaful IKHLAS akan membuka satu lagi pejabat wilayahnya iaitu di Putrajaya dalam masa yang terdekat ini.

Origin published by Takaful Ikhlas at http://www.takaful-ikhlas.com.my/mediaCenter/pressReleasesDetail.asp?intID=350

Look for Better Health?

Ingin anak anda atau anda sendiri kuasai bahasa inggeris?