Friday, November 28, 2008

Tuntutan Takaful Ikhlas sehingga Okt 2008

Tahukah anda berapakah tuntutan yang telah dibayar oleh Takaful Ikhlas? Melalui pengalaman saya sebagai agen Takaful, berbagai alasan diterima dari orang ramai. Ada yang beranggapan syarikat Takaful dan insurans menerima tuntutan terlalu sedikit. Ada juga mengatakan masa mengutip duit memang senang masa nak tuntut susah.

Dengan adanya statistik yang terbaru ini anda boleh menilai sendiri betapa banyaknya bayaran yang telah dibuat. Jumlah tuntutan sehingga Okt 2008 sudah mencecah RM2.78 juta (lihat jadual 1). Pada jadual kedua pula cuba lihat berapa lama tuntutan dibayar setelah dokumen diterima. Ada yang lima hari sudah dibayar.

Saya juga ingin mengambil perhatian anda bahawa ada kes penyakit kritikal illness yang dituntut oleh peserta yang berusia 19 tahun. Sila rujuk jadual 3.


Thursday, November 27, 2008

Why Money Management ? ..Dalil AlQuran

Surah AlBaqarah-Ayat 240

"Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."


Ayat ini adalah ayat ekonomi dalam islam menyuruh kita bersedia supaya sekiranya sesuatu terjadi kepada kita, kita mempunyai dana untuk keluarga kita terus menjalani kehidupan.
Menyertai Takaful merupakan cara terbaik bagi memperoleh dana tersebut. Lihat bagaimana peserta yang lepas telah mendapat pampasan (manfaat) seperti dalam topik sebelum ini.

Wednesday, November 26, 2008

Rahsia Dapat Gantian pendapatan Yang Hilang

Jika pendapatan anda RM2000 sebulan, atau RM24000 setahun. Ini bermakna dalam 4 tahun anda memperoleh pendapatan sebanyak RM96000.

Jika pendapatan anda setiap bulan hanya mampu untuk membayar ansuran kereta, rumah, perabot, hutang kad kredit, personal loan dan belanja dapur, ini bermakna anda memerlukan hampir RM100,000 untuk hidup selama 4 tahun.

Pernahkah terfikir bagaimana nak bayar hutang-hutang itu semua jika anda meninggal atau sakit kritikal atau hilang upaya bekerja?. Bagi peserta Takaful mereka berasa lega kerana akan mendapat pampasan (perlindungan) seperti kes dalam salinan surat tawaran ini. Dalam erti kata lain menyertai Takaful adalah satu langkah awal sebagai persedian "gantian pendapatan".

Bayangkan bagaimana perasaan anda dan keluarga anda jika mendapat surat tawaran seperti ini.

Tuesday, November 25, 2008

Rahsia dapat wang sewaktu mendapat rawatan di hospital

Adakah anda mempunyai wang secukupnya untuk ...
Apakah dot, dot, dot itu?. Itulah kos untuk rawatan kesihatan, kos menghantar anak di kolej, kos sarahidup sewaktu usia emas dan sebagainya.

Disini saya dedahkan bagaimana persediaan awal dengan meyertai Takaful membolehkan seseorang itu mengurangkan beban yang ditanggung. Ini adalah salinan surat kelulusan tuntutan (claim) yang telah dibuat, dan cek yang membuktikan pembayaran dari Takaful Ikhlas. Ini bagi kes yang tak keluar dalam surat khabar.

Bagi kes ini beliau mendapat wang sebanyak RM522 sebagai pampasan kerana dimasukkan wad hospital selama 6 hari.

Jika beliau bekerja sendiri, sudah tentu beliau hilang pendapatan selama 6 hari kerana terlantar dihospital.

Monday, November 24, 2008

Rahsia Wang Segera

Tahukah anda bahawa anda boleh mendapat wang dengan mudah apabila anda memerlukannya?. Ini bukanlah petua baru tapi telah diketahui ramai. Walaupun telah ramai mengetahuinya masih ramai buat tak endah. Oleh sebab itu ia masih menjadi rahsia, dengan sebab itu saya masukkan dalam blog money & secret ini..

Lihat betapa mudahnya orang yang menyertai takaful mendapat pampasan berpuluh ribu ringggit dalam masa beberapa hari sahaja selepas membuat "claim". Contohnya bagi pesakit kanser ini mendapat RM30000, kemudian dia juga mendapat "waiver of contribution" (pengecualian bayaran caruman sehingga tamat sijil).

Klik gambar untuk besarkan, kemudian tekan Ctrl & + button untuk besarkan lagi.

Sunday, November 23, 2008

Money secret - manfaat Takaful

Sejauh manakah anda memahami keperluan takaful? Adakah anda yakin atau pernah mendengar berita seseorang mendapat wang pampasan insurans atau takaful?. Kenapa media tidak mewar-warkan dengan meluas bila seseorang mendapat pampasan takaful. Sebenarnya telah ramai yang mendapat pampasan yang dituntut. Lapuran boleh dirujuk di Bank Negara.

Setakat ini saya buktikan dengan keratan akhbar berikut:-



Untuk maklumat lanjut tentang takaful sila hubungi saya mohiib@gmail.com

The Secret of 80/20 RULE

Pernahkah anda mendengar 80/20 "rule" (peraturan 80/20)?. 80/20 rule juga dikenali sebagai Pareto Principle atau peraturan banyak (80%) dan sedikit (20%)', adalah dinamakan bersempena Vilfredo Pareto, seorang ahli ekonomi Itali dan ahli sosiologi politikal yang hidup daripada 1848 hingga 1923.

Peraturan ini menyatakan yang dalam banyak aspek perniagaan dan kehidupan, 80% bagi nilai berpotensi dapat tercapai daripada hanya 20% daripada usaha, dan seseorang yang meluangkan 80% usaha hanya untuk pulangan agak sedikit.

Apakah maksudnya? Maksudnya semua perkara yang anda lakukan sepanjang hari, hanya 20% adalah usaha anda sebenarnya , kerana usaha anda sebanyak 20% itu menghasilkan 80% bagi keputusan anda. Disebaliknya juga benar berlaku, kerja yang mengambil 80% masa dan usaha anda akan hanya menghasilkan 20% bagi keputusan anda.

Ia telah dikatakan peraturan 80/20 wujud dalam setiap bidang, meliputi dari bidang perniagaan hingga kepada kehidupan sesorang.


Jualan: 80% bagi jualan adalah dibuat oleh 20% pasukan jualan (sales team).


Kerja: 20% bagi usaha anda menghasilkan 80% bagi keputusan.


Orang ramai: 20% bagi orang yang anda kenal menyediakan anda 80% bagi memupuk sokongan dan kepuasan.


Tumpuan (Focus): 20% bagi aktiviti anda akan menghasilkan 80% bagi kejayaan anda.


Bagaimana akan mengetahui 80/20 Rule membantu anda dalam pengurusan masa lebih baik? Pertama, cuma memahami apakah 20% bagi tugas-tugas yang menyumbang untuk 80% bagi keputusan yang anda ingin, dan kemudiannya berikan tumpuan maksimum (usaha keras) kepadanya. Jika anda bercadang untuk membuat trading atau melabur, mungkin berfikir kembali bagaimana anda boleh menstruktur masa dan usaha anda menjadikan kerja itu berhasil. Jika anda mempunyai pekerjaan siang hari, ini bermakna waktu selepas kerja anda (yang merupakan kurang daripada 20% bagi masa anda dalam satu hari) akan amat berharga dalam erti kata bahawa itulah hanya masa anda untuk memperolehi kemahiran dan pengetahuan diperlukan untuk memasuki dagangan atau bidang pelaburan.

"Don’t simply try to do more. Just do more of the right things."

Look for Better Health?

Ingin anak anda atau anda sendiri kuasai bahasa inggeris?