Friday, January 30, 2009

Tuntutan diterima sehingga Disember 2008

Takaful Ikhlas menang anugerah ‘The BrandLaureate - SMEs Chapter Award 2008’

9 Jan 2009

Petaling Jaya, Selangor, 8 Januari 2009 – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd (Takaful IKHLAS) mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila memenangi ‘The BrandLaureate - SMEs Chapter Award 2008’ dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur hari ini.

Takaful IKHLAS yang baru sahaja memasuki tahun ke-enam operasinya itu memenangi anugerah bagi kategori `Best Brands in Corporate Branding, Consumer – Healthcare Insurance’.

Anugerah yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Jenama Asia Pasifik (APBF) itu telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman.

Syed Moheeb berkata, kejayaan mereka memenangi anugerah itu membuktikan kesungguhan pihaknya dalam menjenamakan produk Takaful di negara ini.
“Kami telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti produk-produk kami bagi memastikan ianya memenuhi permintaan pasaran dan nampaknya ia membuahkan hasil.

“Ini kerana produk-produk kami bukan sahaja mudah diterima penduduk Malaysia sekaligus menyumbang kepada penjenamaan Takaful IKHLAS itu sendiri,” kata beliau ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penaung APBF, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Syed Moheeb, kemenangan ini merupakan paltform terbaik bagi pihaknya untuk mengetengahkan jenama Takaful IKHLAS bukan sahaja di negara ini tetapi juga di peringkat antarabangsa.

“Kita telah mempunyai pelbagai perancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan oleh yang demikian usaha yang berterusan sedang dilakukan bagi memastikan ianya dapat direalisasikan dalam masa terdekat ini.
“Sehubungan dengan itu, Takaful IKHLAS sangat berbesar hati apabila terpilih sebagai penerima anugerah tersebut meskipun penglibatan kami dalam industri Takaful masih baru jika hendak dibandingkan dengan pengendali takaful yang lain,” ujar beliau.
Takaful IKHLAS yang merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) memulakan operasinya pada bulan Julai 2003. MNRB telah dicatatkan di papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad menerusi Skim Amanah Saham Bumiputera.
Setelah 6 tahun beroperasi, Takaful IKHLAS telah mempunyai rangkaian pengedaran yang luas termasuk ejen-ejen di seluruh semenanjung Malaysia termasuk di bandar-bandar kecil. Ini termasuk di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Sungai Petani, Johor Bharu, Kuching, Melaka, Kota Kinabalu, Kuantan dan Ipoh. Takaful IKHLAS akan membuka satu lagi pejabat wilayahnya iaitu di Putrajaya dalam masa yang terdekat ini.

Origin published by Takaful Ikhlas at http://www.takaful-ikhlas.com.my/mediaCenter/pressReleasesDetail.asp?intID=350

Look for Better Health?

Ingin anak anda atau anda sendiri kuasai bahasa inggeris?