Pernahkah anda mendengar 80/20 "rule" (peraturan 80/20)?. 80/20 rule juga dikenali sebagai Pareto Principle atau peraturan banyak (80%) dan sedikit (20%)', adalah dinamakan bersempena Vilfredo Pareto, seorang ahli ekonomi Itali dan ahli sosiologi politikal yang hidup daripada 1848 hingga 1923.
Peraturan ini menyatakan yang dalam banyak aspek perniagaan dan kehidupan, 80% bagi nilai berpotensi dapat tercapai daripada hanya 20% daripada usaha, dan seseorang yang meluangkan 80% usaha hanya untuk pulangan agak sedikit.
Apakah maksudnya? Maksudnya semua perkara yang anda lakukan sepanjang hari, hanya 20% adalah usaha anda sebenarnya , kerana usaha anda sebanyak 20% itu menghasilkan 80% bagi keputusan anda. Disebaliknya juga benar berlaku, kerja yang mengambil 80% masa dan usaha anda akan hanya menghasilkan 20% bagi keputusan anda.
Ia telah dikatakan peraturan 80/20 wujud dalam setiap bidang, meliputi dari bidang perniagaan hingga kepada kehidupan sesorang.
Jualan: 80% bagi jualan adalah dibuat oleh 20% pasukan jualan (sales team).
Kerja: 20% bagi usaha anda menghasilkan 80% bagi keputusan.
Orang ramai: 20% bagi orang yang anda kenal menyediakan anda 80% bagi memupuk sokongan dan kepuasan.
Tumpuan (Focus): 20% bagi aktiviti anda akan menghasilkan 80% bagi kejayaan anda.
Bagaimana akan mengetahui 80/20 Rule membantu anda dalam pengurusan masa lebih baik? Pertama, cuma memahami apakah 20% bagi tugas-tugas yang menyumbang untuk 80% bagi keputusan yang anda ingin, dan kemudiannya berikan tumpuan maksimum (usaha keras) kepadanya. Jika anda bercadang untuk membuat trading atau melabur, mungkin berfikir kembali bagaimana anda boleh menstruktur masa dan usaha anda menjadikan kerja itu berhasil. Jika anda mempunyai pekerjaan siang hari, ini bermakna waktu selepas kerja anda (yang merupakan kurang daripada 20% bagi masa anda dalam satu hari) akan amat berharga dalam erti kata bahawa itulah hanya masa anda untuk memperolehi kemahiran dan pengetahuan diperlukan untuk memasuki dagangan atau bidang pelaburan.
"Don’t simply try to do more. Just do more of the right things."