Jika pendapatan anda setiap bulan hanya mampu untuk membayar ansuran kereta, rumah, perabot, hutang kad kredit, personal loan dan belanja dapur, ini bermakna anda memerlukan hampir RM100,000 untuk hidup selama 4 tahun.
Pernahkah terfikir bagaimana nak bayar hutang-hutang itu semua jika anda meninggal atau sakit kritikal atau hilang upaya bekerja?. Bagi peserta Takaful mereka berasa lega kerana akan mendapat pampasan (perlindungan) seperti kes dalam salinan surat tawaran ini. Dalam erti kata lain menyertai Takaful adalah satu langkah awal sebagai persedian "gantian pendapatan".
Bayangkan bagaimana perasaan anda dan keluarga anda jika mendapat surat tawaran seperti ini.


No comments:
Post a Comment